Sertai PEMANTAU

Apakah itu PEMANTAU?

PEMANTAU ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan pada PRU14 dan diteruskan bagi memantau pilihan raya-pilihan raya kecil yang berlangsung selepas PRU14.

PEMANTAU akan memerhatikan kelakuan SPR, parti politik, dan calon-calon yang bertanding sepanjang tempoh pilihan raya. Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan dan tindakan mahkamah akan diambil jika perlu.

Siapakah yang boleh menyertai PEMANTAU?

Orang ramai termasuk pengundi boleh mendaftar sebagai Sukarelawan PEMANTAU. Kriteria untuk menjadi Sukarelawan Pemantau ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tiada rekod jenayah
  • Sentiasa mematuhi undang-undang

Apakah tugas Sukarelawan PEMANTAU?

Sukarelawan Pemantau akan membantu untuk memantau 10 jenis kesalahan dan penipuan pilihan raya:
(1) Rasuah dan pembelian undi
(2) Penjamuan makanan dan pemberian hadiah
(3) Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
(4) Penggunaan aset kerajaan
(5) Perbelanjaan berlebihan
(6) Intimidasi, keganasan, dan gangguan
(7) Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai
(8) Undi awal dan undi pos
(9) Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
(10) Masalah pada hari mengundi

Sukarelawan PEMANTAU akan membuat pemantauan pada hari pencalonan, aktiviti-aktiviti kempen, dan proses pengundian. Jika mendapati sebarang penipuan atau salah laku, laporan akan dibuat melalui hotline umum. Laporan-laporan yang diterima oleh sukarelawan akan disahkan sebelum ia boleh digunakan.

Beberapa taklimat akan diadakan untuk Sukaralewan PEMANTAU dari masa ke semasa selepas pendaftaran.

Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai sukarelawan PEMANTAU?

Sila isi borang pendaftaran di bawah dan Koordinator PEMANTAU akan menghubungi anda dengan maklumat lanjut. Klik di sini jika borang tidak kelihatan.