PEMANTAU
Pilihan Raya Bersih dan Adil
  • Home
  • Kesalahan Pilihan Raya
    • Rasuah dan Beli Undi
    • Penjamuan Makanan dan Pemberian Hadiah
    • Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
    • Penggunaan Aset Kerajaan
    • Perbelanjaan Berlebihan
    • Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
    • Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
    • Undi Awal dan Undi Pos
    • Pengundi Hantu dan Daftar Pemilih
    • Masalah Hari Mengundi
  • Sertai PEMANTAU
October 30, 2017

KENYATAAN MEDIA (30 OKTOBER 2017): Pelancaran PEMANTAU – Memastikan PRU14 Berjalan secara Bersih dan Adil

Pada tahun 2013, Tribunal Rakyat bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat pelaksanaan PRU13 telah menyimpulkan bahawa “terdapat banyak kegagalan dalam cara PRU13 dikendalikan dan setiap prinsip pilihan raya yang adil telah dicabul pada suatu tempat dan suatu waktu.”

Hampir 5 tahun telah berlalu, tetapi sistem pilihan raya di Malaysia masih dibelenggu dengan pelbagai penipuan dan salah laku kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan masih enggan untuk melakukan pembaharuan, malahan pelbagai tindakan pula diambil untuk memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) bersama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), dan barisan NGO-NGO lain, pada hari ini melancarkan kempen PEMANTAU untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung. PEMANTAU ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan pada PRU14.

PEMANTAU akan memerhatikan kelakuan SPR, parti politik, dan calon-calon sepanjang tempoh pilihan raya. Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan dan tindakan mahkamah akan diambil jika perlu. Pasukan PEMANTAU akan fokus kepada 10 perkara ini:

(1)        Rasuah dan beli undi
(2)        Penjamuan makanan dan pemberian hadiah
(3)        Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
(4)        Penggunaan aset kerajaan
(5)        Perbelanjaan berlebihan
(6)        Intimidasi, keganasan, dan gangguan
(7)        Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai
(8)        Undi awal dan undi pos
(9)        Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
(10)      Masalah pada hari mengundi

Selain itu, turut diumumkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) akan membuat pemantauan terhadap pelanggaran hak asasi dan keganasan politik, dan Pusat KOMASakan memantau isu-isu perkauman dan rasisme.

Hotline PEMANTAU dilancarkan pada hari ini, di mana orang ramai boleh membuat laporan kepada BERSIH2.0 jika mereka mendapati sebarang penipuan pilihan raya, pelanggaran hak asasi, atau isu perkauman. Aduan boleh dibuat melalui:

Website        : aduan.pemantau.org
Telefon         : 03-7931 4444
Whatsapp     : 011-1772 1546
Emel             : aduan@pemantau.org

BERSIH2.0 juga memohon bantuan dan penglibatan orang ramai untuk membantu dalam kempen ni. BERSIH2.0 mensasarkan 3000 sukarelawan dan 100 koordinator PEMANTAU yang akan bergerak di 29 Zon yang meliputi seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan sukarelawan PEMANTAU boleh mendaftar di laman www.pemantau.org/daftar

Akhir sekali, BERSIH2.0 menyeru kepada semua pihak – SPR, kerajaan, parti politik, pengundi, dan NGO – untuk memastikan PRU14 berjalan dengan bersih dan adil!

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Pusat KOMAS

Voter registration objection – What to do if your registration as a voter has been objected to KENYATAAN MEDIA (9 APRIL 2018): BERSIH 2.0 Mengingatkan Parti-parti Agar Mematuhi Prinsip Kerajaan Sementara

Related Posts

Statement (9 aprl)

News from Media

KENYATAAN MEDIA (9 APRIL 2018): BERSIH 2.0 Mengingatkan Parti-parti Agar Mematuhi Prinsip Kerajaan Sementara

IMG_20170420_101630_HDR-1024x759

General

Voter registration objection – What to do if your registration as a voter has been objected to

bbff5818ca0b6a2729f7af4c2617faaa

News from Media

FMT: Zahid dakwa pembangkang pindah pengundi, sasar rampas Johor

Recent Posts

  • KENYATAAN MEDIA (9 APRIL 2018): BERSIH 2.0 Mengingatkan Parti-parti Agar Mematuhi Prinsip Kerajaan Sementara
  • KENYATAAN MEDIA (30 OKTOBER 2017): Pelancaran PEMANTAU – Memastikan PRU14 Berjalan secara Bersih dan Adil
  • Voter registration objection – What to do if your registration as a voter has been objected to
  • FMT: Zahid dakwa pembangkang pindah pengundi, sasar rampas Johor
  • Sempadan baru pilihan raya—di mana menang atau kalah PRU14

Recent Comments

    Archives

    • April 2018
    • October 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • February 2017

    Categories

    • General
    • News from Media

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    PEMANTAU
    © PEMANTAU 2022